Bulan Disember tahun lepas, Google mula mengedarkan kemaskini baharu untuk peranti-peranti Pixel – Pixel Feature Drop. Ia adalah kemaskini yang membawakan pelbagai ciri dan fungsi baharu bersama-sama dengan tampalan sekuriti yang terkini. Terkini, peranti-peranti Pixel 2,3,3a dan 4 termasuk variasi XL mula menerima kemaskini Pixel Feature Drop kedua. Jadual di bawah menyenaraikan peranti apa dan fungsi apa yang diterima;
- Cards & Passes: Fungsi ini adalah seakan Samsung Pay yang mana adalah akses pantas kad debit, kad kredit dengan menekan butang kuasa selama beberapa saat. Ia diperlihatkan dalam beta Android 10 dan Developer Preview Android 11. Kini ia hadir secara stabil untuk peranti-peranti Pixel, namun terhad kepada beberapa negara sahaja; U.S., U.K., Canada, Australia, France, Germany, Spain, Italy, Ireland, Taiwan, dan Singapore.
- Tangkapan Skrin Pas Pelepasan Ke Google Pay: Terhad kepada Pixel 3, 3a dan 4 sahaja. Mana-mana pas pelepasan digital yang disimpan dalam peranti dan pengguna ambil sahaja tangkapan skrin bahagian bar kod – ia akan disertakan dalam Google Pay.
- Kawalan Baharu Motion Sense: Seperti dalam Android 11 Developer Preview, kawalan gestur atas udara Motion Sense kini membenarkan pengguna menjeda dan memainkan media.
- Menjadualkan Mod Tema Gelap: Sama juga, fungsi yang dilihat dalam Android 11 Developer Preview – pengguna kini boleh menjadualkan mod tema gelap sepertimana fungsi Night Shift yang sudah lama boleh dijadualkan.
- Rules: Fungsi yang mirip dengan Bixby Routines. Ia akan menetapkan peranti pengguna dalam mod Do Not Disturb secara automatik. Ia boleh ditetapkan mengikut sambungan WiFi yang sedang digunakan atau juga lokasi.
- Emojis 12.1 Update: Kini terdapat 169 emoji tambahan yang akan menepati citarasa pelbagai pengguna.
- Penuras Realiti Terimbuh Untuk Google Duo: Menambah penuras realiti terimbuh (AR) ketika membuat panggilan video Google Duo.
- Swafoto Lebih Baik: Peranti Pixel kini boleh menangkap gambar swafoto mod bokeh lebih baik dengan kemampuan colour pop. Kamera swafoto juga kini boleh menangkap gamabr 3D Photos untuk Facebook.
- Mengesan Kemalangan Kenderaan: Fungsi yang terbina dalam Personal Safety dalam peranti Pixel. Jika peranti mengesan berlakunya kemalangan, amaran akan diberikan kepada perkhidmatan kecemasan. Sebelum ini ia hanya terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat, kini pengguna di Australia dan United Kingdom.
- Live Caption: Fungsi yang diperkenalkan kepada Pixel 4 tahun lepas dan kemudian diedarkan kepada pengguna Pixel 3 dan 3a. Ia kini diedarkan kepada pengguna Pixel 2 dan pengguna-pengguna yang tertinggal dan masih belum menerima fungsi ini.
- Tekan Lama-Lama Kini Lebih Baik: Dengan menggunakan API Deep Press terbina dalam Android 10, Google melatih pembelajaran mesin untuk mengesan aksi pengguna tekan lama-lama dengan lebih baik. Jadi, pintasan akan lebih mudah diakses berbanding secara tidak sengaja menekan untuk membuka aplikasi.
- Kecerahan Boleh Suai Yang Lebih Baik: Kecerahan automatik atau boleh suai (Adaptive) dalam Pixel memang mengecewakan. Walaupun di luar, kecerahan skrin tidak cukup cerah. Kini, ia sudah dibaiki dan jika berada di bawah cahaya matahari yang terik – skrin akan menjadi cerah pada tahap yang memuaskan.
https://youtu.be/YZOU_kqK_YI
Perkara-peraka lain yang ditemui oleh pihak XDA adalah;
- Tahap Sensitiviti Skrin Kini Lebih Baik: Ini adalah fungsi yang sama ditemui dalam mod pembangunan Android 11. Terdapat pilihan di tetapan untuk menaikkan tahap sensitiviti skrin jika pengguna menggunakan pelindung skrin.
- Amaran Menjajarkan Peranti: Jika pengguna kerap menggunakan pengecas nirwayar dan meletakkan peranti dalam apa jua posisi, ada kemungkinan peranti tidak akan dicas kerana peranti dan pengecas tidak jajar. Kini, sistem akan memberikan amaran untuk menjajarkan peranti jika menggunakan pengecasan nirwayar.
- Pin Aplikasi Ke Share Sheet: Sekali lagi, juga fungsi dalam Android 11 Developer Preview. Pengguna kini boleh pin aplikasi kegemaran dalam Share Sheet.
- New copy text button placement in share sheet: Teks yang disalin akan dipaparkan dalam share sheet. Ia seakan menyimpan data-data dalam papan klip dan pengguan boleh terus salin semula dan tampal atau kongsi dalam aplikasi yang dikehendaki.