Cari @ Amanz

Selepas berbulan-bulan diuji pada peringkat Beta, WhatsApp hari ini mengesahkan tema gelap akan akhirnya diterima kesemua pengguna pada platform Android dan iOS. Pengguna aplikasi pemesejan nombor satu dunia ini hanya perlu mengemaskini aplikasi ke versi terkini untuk menggunakan tema gelap..

Pada peranti Android 10 dan iOS 13, antaramuka aplikasi akan berubah ke tema gelap secara automatik sekiranya ia dipilih pada tetapan sistem. Pada peranti Android 9 dan ke bawah pula, mod gelap diakses dengan memilih WhatsApp Settings > Chats > Theme > select ‘Dark’.  Sekali lag diingatkan anda perlu menggunakan versi 2.20.67 pada Android dan versi 2.20.30 pada iOS untuk menikmati tema gelap.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd