Oppo Mengacah Rekaan Kamera Oppo Find X2 Pro – Mengesahkan Penggunaan Mekanisme Periskop

Oppo Mengacah Rekaan Kamera Oppo Find X2 Pro – Mengesahkan Penggunaan Mekanisme Periskop

Diterbitkan pada Mac 5, 2020 oleh .

Oppo Find X2 adalah siri baharu peranti mercu Oppo untuk tahun ini. Berbeza dengan dua tahun lepas, siri Oppo Find tahun ini akan mempunyai dua variasi peranti mercu – iaitu Oppo Find X2 dan Oppo Find X2 Pro. Rekaan peranti ini sudah pun tertiris sebelum ini dan Oppo Malaysia mengesahkan yang ia akan dilancarkan di Malaysia pada 10 Mac kelak.

Terkini, Oppo secara rasminya telah mengacah rekaan kamera Oppo Find X2 Pro. Secara tidak langsung mengesahkan kehadiran mekanisme lensa telefoto periskop. Rekaan kamera ini dilihat disusun secara menegak dan menggunakan modul memanjang tidak seperti banyak peranti lain yang menggunakan modul segi empat. Oppo Find X2 disahkan menggunakan cip Snapdragon 865, skrin dengan resolusi 3K, sokongan kadar segar semula 120Hz dan mengesan sentuhan 240 Hz.

Oppo Find X2 dan X2 Pro akan dilancarkan pada hari Jumaat ini, iaitu 6 Mac. Maklumat lanjut mengenai peranti ini, seperti spesifikasi penuh, harga, rekaan sebenar akan diketahui tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN