Cari @ Amanz

OnePlus telah pun diperkatakan bakal memperkenalkan telefon pintar dibawah siri OnePlus 8 pada pertengahan April 2020 ini. Selari dengannya, kini hadir sebuah lagi informasi baru berkaitan satu lagi telefon pintar daripada OnePlus untuk tahun 2020 ini, iaitu OnePlus 8 Lite.

OnePlus 8 Lite

Dikongsikan 91Mobiles, OnePlus 8 Lite dikatakan mungkin dipasarkan menjelang Julai 2020 ini. Namun, ia masih menjadi tanda tanya sama ada ia akan diperkenalkan bersama-sama OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro pada bulan April ini atau sebaliknya.

OnePlus 8 Lite ini dijangka menyertakan skrin 6.5-inci dengan kadar segar semula 90Hz, dilengkapi cip MediaTek Dimensity 1000, kamera belakang 48-megapixel, dan bateri 4000mAh.

Seperti biasa, buat masa ini, ia hanya sekadar info tertiris sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ia benar-benar tepat atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd