Cari @ Amanz

Pada bulan Mei tahun lepas, Bytedance dilaporkan sudah mula menerima hak penstriman dari T-Series dan Times Music di India sebagai persediaan untuk hadir dengan platform penstriman muzik tersendiri. Kemudian pada bulan November lepas, sekali lagi Bytedance dilaporkan mengenai hal ini. Baru-baru ini, akhirnya mereka telah melancarkan platform penstriman muzik ini – Resso.

Resso dikatakan adalah berbeza dengan platform penstriman muzik lain seperti Spotify atau Apple Music, tetapi masih mempunyai fungsi yang sama. Resso memfokuskan untuk pengguna berkongsi muzik yang sedang didengar (Seakan Joox dan dengan WeChat). Contohnya, kongsi sebahagian lirik yang terpapar terus ke Stories di Instagram, kemudian terdapat video menegak tersendiri yang disusun mengikut genre yang dinamakan sebagai Vibe. Resso turut menyokong muat turun untuk penggunaan luar talian.

Bahagian paparan lirik pula mempunyai ruangan komen untuk pengguna berinteraksi antara satu sama lain. Antara kekurangan pada Resso adalah tidak mempunyai sokongan cast audio ke peranti berhubung dan banyak muzik dari Universal Music tiada. Seperti Spotify, Resso adalah percuma digunakan dengan iklan. Untuk bebas dari iklan, harga langganan adalah ₹99 sebulan untuk Android dan ₹119 sebulan untuk iOS (~RM6) Setiap langganan turut akan menerima seminggu percubaan percuma.

Buat masa ini, Resso hanya boleh diakses di India dan Indonesia sahaja. Tiada informasi jika ia akan dilancarkan secara global ataupun tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd