Realme Band Kini Rasmi – Skrin Bewarna, Sensor Denyutan Nadi, Kalis Air

Realme Band Kini Rasmi – Skrin Bewarna, Sensor Denyutan Nadi, Kalis Air

Diterbitkan pada Mac 5, 2020 oleh .

Realme hari ini telah memperkenalkan telefon pintar dibawah siri Realme 6. Bersama-sama dengannya, pihak Realme turut memperkenalkan gelang tangan pintar mereka tersendiri, dinamakan Realme Band.

Realme Band

Realme Band hadir dengan skrin 2.4cm bewarna, menawarkan lima pilihan rekaan skrin berbeza, dan turut menawarkan sejumlah mod khusus untuk kecergasan seperti lari, mendaki dan sebagainya.

Melengkapkan gelang tangan pintar ini juga adalah sokongan sensor denyutan nadi masa-nyata melalui integrasi sensor PPG, selain turut menyertakan sokongan memantau kualiti tidur, dan peringatan untuk minum air.

Realme Band

Realme Band

Gelang tangan pintar ini turut menyertakan sokongan notifikasi pintar daripada aplikasi popular, panggilan telefon, dan SMS. Untuk pengecasan, ia menyertakan pengecasan terus USB-A – membolehkan pengecasan pantas dalam masa 1 jam 47 minit, dengan ketahanan sehingga 10 hari lamanya.

Buat masa ini, Realme Band hanya ditawarkan di India sahaja, dimana ia berharga INR1499, iaitu sekitar RM85.



TIPS & ULASAN