Huawei Y7p Dilancarkan Di Eropah Sebagai Huawei P40 Lite E

Huawei Y7p Dilancarkan Di Eropah Sebagai Huawei P40 Lite E

Diterbitkan pada Mac 5, 2020 oleh .

Huawei baru-baru ini telah memperkenalkan Huawei P40 Lite, iaitu variasi peranti Huawei Nova 7i untuk beberapa pasaran. Selain daripadanya, hari ini Huawei turut memperkenalkan sebuah lagi model baru, iaitu Huawei P40 Lite E.

Huawei P40 Lite E ini adalah variasi Huawei Y7p untuk pasaran Eropah.

Huawei Y7p

Bagi anda yang tidak begitu mengingati peranti Huawei Y7p, ia hadir dengan skrin 6.39-inci, dijana cip Kirin 710F, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut dilengkapi bateri 4000mAh, selain menggunakan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel.

Huawei Y7p turut menggunakan kedai aplikasi AppGallery menggantikan Google Play Store.

Di Malaysia, telefon pintar ini ditawarkan pada harga RM699.


TIPS & ULASAN