Kos Menghasilkan Sebuah Samsung Galaxy S20 Ultra Dianggarkan Sekitar RM 2209

Kos Menghasilkan Sebuah Samsung Galaxy S20 Ultra Dianggarkan Sekitar RM 2209

Diterbitkan pada Mac 6, 2020 oleh .

Penjualan Samsung Galaxy S20 secara terbuka di peringkat global bermula hari ini termasuk di negara bertuah kita Malaysia. Tahun ini Galaxy S20 Ultra ialah model yang paling mahal ditawarkan dengan harga jualan RM4999 sebuah. Dengan harga yang agak tinggi ini, ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya harga kos menghasilkan peranti?

Menurut analisis yang dilakukan oleh Tech Insights, kos komponen menghasilkan peranti ini ialah $528 (~RM 2209) sebuah. Komponen paling mahal iala modul-modul kamera berharga $107.5 (~RM 450) diikuti oleh $81 (~RM 339) untuk pemproses dan diikuti pula oleh $67 (~RM 280) untuk skrin. Kebiasaannya komponen paling mahal ialah skrin seperti yang dilihat pada anggaran kos iPhone XS Max sebelum ini.

Kos kamera yang amat tinggi pada S20 Ultra  adalah kerana ia menggunakan lima sensor lengkap dengan mekanisme mekanikal. Kos pemproses juga tinggi memandangkan ia adalah cip yang menyokong rangkaian 5G.

Walaupun kos komponen kurang separuh dari harga jualan runcitnya di Malaysia, ia tidak mengambil kira kos buruh, pembangunan serta penyelidikan. pengangkutan dan pengiklanan peranti.


TIPS & ULASAN