Oppo Find X2 dilancarkan secara rasmi semalam dan kini telah dinobatkan sebagai telefon pintar dengan kemampuan kamera yang terbaik di pasaran setanding dengan Xiaomi Mi 10 Pro. Kedua-dua peranti mercu ini menerima skor 124 markah secara keseluruhan, 134 markah untuk fotografi dan 104 markah untuk videografi.
Menurut DXO kelebihan pada kemampuan kamera Find X2 ialah kemampuan autofokus yang baik, penghasilan semula warna yang tepat, kesan bokeh yang memuaskan dan rakaman gambar ultra sudut lebar tanpa kecacatan lensa. Kekurangan pula terletak pada ketajaman foto yang berkurangan apabila menggunakan sistem zum dan HDR yang tidak konsisten terutamanya dalam mod potret,