Spesifikasi Kamera Huawei P40 Tertiris – P40 Pro Mungkin Dilengkapi Lima Kamera Utama

Spesifikasi Kamera Huawei P40 Tertiris – P40 Pro Mungkin Dilengkapi Lima Kamera Utama

Diterbitkan pada Mac 9, 2020 oleh .

Menerusi P10 tiga tahun yang lalu, anjakan paradigma penggunaan kamera pada telefon pintar mula dilihat. Huawei memperkenalkan sistem dwi-kamera dengan lensa khas khusus untuk penggambaran hitam putih. Dalam masa tiga tahun sahaja penggunaan kuad kamera kini sudah mula menjadi kebiasaan sekali lagi dipelopori terlebih dahulu oleh Huawei.

Pagi ini spesifikasi mengenai kamera utama Huawei P40 dan P40 Pro mula tertiris ke arena web beberapa minggu sebelum pelancaran rasminya hujung bulan ini. P40 Pro yang merupakan model yang premium mereka dipercayai akan menggunakan lima kamera utama pada bahagian belakang.

Kamera utama menggunakan sensor 52MP Sony IMX700 1/1.28″ RYYB digandingkan dengan lensa ultra-lebar 40MP Sony IMX608 1/1.5″ RGB, sistem zum teleskop sehingga 10X , kamera 3D ToF dan akhirn sekali sebuah sensor yang mengesan suhu warna.

Sensor terakhir ini tidak pernah digunakan pada peranti mudah alih sebelum ini maka keberkesanannya dalam membaiki kualiti gambar masih misteri. Huawei sekali lagi cuba memperkenalkan fungsi baharu selepas mempopularkan sistem kuad-kamera dan penggunaan sensor monokrom.

Huawei P40 PrototaipPada P40 biasa pula tiada sistem mekanisme zum disertakan dan tiada sensor suhu warna. Seperti kebiasaannya untuk kemampuan fotografi terbaik pengguna perlu memilih model Pro.

Akhir sekali terdapat laporan P40 akan mempunyai rekaan empat bucu skrin yang dibulatkan sama seperti Honor Magic empat tahun yang lalu dan sokongan rangkaian 5G. Kebenaran maklumat yang tertiris ini akan diketahui pada pelancaran siri P40 yang dijadualkan pada 26 Mac. Tetapi dengan penyebaran wabak Covid-19 terdapat kebarangkalian acara di Paris ini mungkin ditangguh.



TIPS & ULASAN