Cari @ Amanz

Oppo Find X2 telah memasuki makmal Amanz pada hujung minggu lalu dan akhirnya kami dapat melakukan ujian penanda pada peranti dengan Snapdragon 865. Dalam ujian terdahulu, Apple A13 Bionic memegang takhta sebagai pemproses paling berkuasa pada telefon pintar di pasaran. Adakah Snapdragon 865 akan akhirnya akhirnya mengambil alih kedudukan A13 Bionic? Teruskan membaca.

Seperti biasa kita mulakan dengan ujian Antutu 3D V8.2.7. Dalam ujian ini keputusan yang dicatatkan oleh Snapdragon 865, A13 Bionic, Exynos 990 dan Kirin 990 5G adalah seperti di bawah. Markah yang dicatatkan Snapdragon 865 ialah 19,250 markah (3.4%) lebih tinggi berbanding A13 Bionic.

  1. Qualcomm Snapdragon 865 – 581,589 markah
  2. Apple A13 Bionic – 573,541 markah
  3. Samsung Exynos 990 – 509,366 markah
  4. HiSilicon Kirin 990 5G –461,183 markah

Dalam ujian penanda aras GeeekBench 5.1 pula keputusan yang dicatatkan oleh Snapdragon 865, A13 Bionic, Exynos 990 dan Kirin 990 5G adalah seperti di bawah. Keputusan kali ini memihak kepada A13 Bionic dengan 423 markah  (46%) penanda aras satu teras adalah lebih tinggi berbanding  yang dicatatkan oleh Snapdragon 865. Dalam ujian multi-teras pula perbezaan yang dicatatkan A13 Bionic hanya 106 markah (4,4%) lebih tinggi berbanding Snapdragon 865.

  1. Apple A13 Bionic – 1336/3448 markah
  2. Qualcomm Snapdragon 865 – 913/3302 markah
  3. Samsung Exynos 990 – 903/2685 markah
  4. HiSilicon Kirin 990 5G – 752/3000 markah

Jadi apakah kesimpulan yang boleh diambil  dari dua ujian penanda ras yang telah dilakukan ini? Dari segi kemampuan grafik ujian sintetik Snapdragon 865 dapat memintas A13 Bionic tetapi tidak dalam ujian kemampuan CPU.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd