Samsung Galaxy M40 Mula Menerima Kemaskini Android 10

Samsung Galaxy M40 Mula Menerima Kemaskini Android 10

Diterbitkan pada Mac 10, 2020 oleh .

Kepada pengguna Samsung Galaxy M40 di Malaysia, penantian untuk menerima kemas kini ke Android 10 semakin hampir ke penghujung. Samsung mula memberikan kemas kini Android 10 kepada pengguna M40 di India sejak semalam.

Saiz muat turun adalah 1741 MB dan akan turut memberikan penaiktarafan ke antaramuka One UI 2.0 dan juga tampalan sekuriti untuk bulan Mac 2020. Menarik sekali ialah Galaxy M40 tidak termasuk di dalam senarai peranti Samsung yang akan menerima Android 10 pada November tahun lalu. Ini membuka peluang untuk peranti lain dari siri Galaxy M akan turut menerima Android di masa hadapan.



TIPS & ULASAN