Aplikasi Google Kini Boleh Terus Membuka Tab Inkognito Pada Chrome

Aplikasi Google Kini Boleh Terus Membuka Tab Inkognito Pada Chrome

Diterbitkan pada Mac 10, 2020 oleh .

Aplikasi Google adalah hab peribadi untuk semua pengguna Android (kecuali peranti dengan HMS). Ia hadir dengan pelbagai berita yang sesuai dengan citarasa pengguna, notifikasi harian, kawalan peranti berhubung, cuaca, suhu dan banyak lagi. Ia adalah hab semua berkait dengan Google dipaparkan dalam satu aplikasi.

Tahun lepas, bagi yang skeptikal dengan sekuriti dan privasi Google – Google tawarkan mod inkognito pada aplikasi Google dan juga Google Maps. Pada aplikasi Google, setiap carian yang anda lakukan dalam mod inkognito – mana-mana pautan yang anda tekan ia akan dibuka pada tab Chrome biasa. Secara tidak langsung menjadikan motif kewujudan carian mod inkognito tidak relevan. Sehinggalah baru-baru ini, Google hadir dengan kemampuan membuka tab inkognito pada Chrome melalui aplikasi Google.

Fungsi ini dilihat menggantikan pilihan “Use without an account”. Seperti biasa, fungsi-fungsi baharu dari Google akan diedarkan secara berperingkat tidak kira bagi pengguna beta ataupun pengguna versi stabil.



TIPS & ULASAN