Carian
Facebook Dikatakan Sedang Menguji Ciri Berkongsi Stories Dari Facebook Ke Instagram
March 10, 2020 Nazrin

Ciri Stories pada platform media sosial Facebook dan Instagram sebelum ini dilaporkan salah satu daripada ciri-ciri yang paling popular yang digunakan oleh para pengguna.

Walaupun begitu, sehingga kini, hanya Stories yang dipos melalui Instagram boleh dikongsi ke Facebook, dan tidak sebaliknya. Ini agak pelik kerana Instagram merupakan sebuah platform dibawah naungan Facebook.

Kini, Tech Crunch melaporkan bahawa Facebook sedang menguji ciri perkongsian Stories daripada Facebook ke Instagram pula, dan menurut ramai pendapat, ini akan memudahkan kerja pengurus media sosial.

Ini adalah kerana Facebook biasanya aplikasi pilihan untuk jenama-jenama yang menggunakan platform media sosial sebagai cara menghebah berita dan promosi, dan mereka tidak lagi perlu membuka dua aplikasi untuk satu tujuan yang sama.

Facebook masih lagi menguji pelbagai cara-cara untuk berkongsi pos seperti ini, kerana menurut mereka, sesebuah jenama mungkin mempunyai jenis pengikut yang berbeza di Facebook dan Instagram. Tiada tarikh tetap bilakah ciri ini akan diperkenalkan secara umum buat masa ini.

Komen