Carian
Vivo Melancarkan NEX Browser – Aplikasi Pelayar Web Tersendiri Berasaskan Chromium
March 11, 2020 Fahim Zahar

Vivo baru sahaja melancarkan Vivo NEX 3S 5G. Secara keseluruhan, peranti ini sama sahaja dengan NEX 3. Cuma kali ini ia menyokong paparan HDR10+ yang merupakan peningkatan berbanding HDR10 sahaja sebelum ini. Cip Snapdragon 865 dipadankan dengan memori sehingga 12GB LPDDR5 dan storan 256GB UFS 3.1. Ini menjadikan peranti lebih pantas berbanding NEX 3 biasa.

Bersama-sama dengan pelancaran NEX 3S 5G, Vivo turut melancarkan NEX Browser. Ia adalah aplikasi pelayar web mereka yang tersendiri dengan rekaan minimalis. Pelayar web ini dibina berasaskan chromium, menawarkan carian berasaskan teks atau suara dan juga mempunyai penghalang iklan terbina. Secara tidak langsung, NEX Browser akan memberi pengalaman penggunaan yang lebih mudah, selamat dan pengguna tidak perlu risaukan isu privasi. Tidak pasti sama ada pelayar web ini khusus untuk Funtouch OS di China atau turut akan diedarkan kepada pengguna global. Sama-sama kita nantikan,

Komen