Realme Malaysia Mengacah Kehadiran Siri Realme 6 Ke Pasaran Tempatan

Diterbitkan pada Mac 11, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Realme 6 telah pun dilancarkan baru-baru ini di India, dimana dua model telefon pintar telah diperkenalkan dibawahnya – iaitu Realme 6 dan juga Realme 6 Pro. Lanjutan daripadanya, kini pihak Realme Malaysia telah mula mengacah kehadiran telefon pintar berkenaan untuk pasaran tempatan.

Siri Realme 6 ini hadir dengan skrin pada kadar segar semula 90Hz, dilengkapi kamera utama 64-megapixel, dengan sokongan pengecasan pantas 30W. Variasi Realme 6 biasa hadir dengan cip MediaTek Helio G90T, sementara Realme 6 Pro pula hadir dengan cip Snapdragon 720G.

Pihak Realme belum mengumumkan pelancaran rasmi peranti berkenaan untuk pasaran tempatan buat masa ini. Namun, memandangkan mereka telah mula mengacahnya, maka kita mungkin akan melihat peranti berkenaan dilancarkan tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami