Google Mengharamkan Iklan Yang Mengambil Kesempatan Tentang Wabak COVID-19

Google Mengharamkan Iklan Yang Mengambil Kesempatan Tentang Wabak COVID-19

Diterbitkan pada Mac 12, 2020 oleh .

Wabak koronavirus COVID-19 baru sahaja diisytiharkan sebagai sebuah wabak pandemik oleh World Health Organization (WHO) dan nampaknya Google sedang mengambil langkah untuk mengurangkan isu mengambil kesempatan akan panik orang ramai.

Akibat penularan wabak ini, orang ramai dilihat membeli topeng muka perubatan secara pukal, dan untuk membantu mengurangkan pembelian panik tersebut, Google telah mengumumkan bahawa mereka akan mengharamkan iklan-iklan atas-talian berkenaan produk tersebut.

Menurut pihak Google lagi, buat masa ini hanya iklan berkenaan topeng muka perubatan yang akan diturunkan, manakala iklan-iklan lain seperti sut hazmat dan cecair pembersih tangan masih lagi boleh dinaikkan.

Walaupun begitu, Google akan memerhatikan keadaan dan akan membawa iklan-iklan produk tersebut turun jika perkara sama berlaku untuk barangan-barangan tersebut.

Google juga mengatakan bahawa ia akan mengambil mereka beberapa hari untuk menurunkan semua iklan-iklan berkaitan topeng muka dan COVID-19, jadi untuk beberapa hari ini, pengguna mungkin masih akan melihat iklan tersebut di laman-laman web yang menggunakan Google Ads.



TIPS & ULASAN