Cari @ Amanz

Menerusi One UI 2.1, peranti Samsung dapat menyokong sistem penghantaran fail pantas seakan AirDrop yang diberi nama Quick Share. Pada waktu ini hanya peranti-peranti S20 dan Z Flip sahaja menyokong mod ini. Tetapi moderator Samsung Community mengesahkan kemas kini ke One UI 2.1 sedang dibangunkan untuk S10, S9, Note 10 dan Note 9 pada sekarang.

Selain memberikan fungsi Quick Share, One UI 2.1 akan memberikan tahap zum skrin yang lebih tinggi berbanding One UI 2.0. Ia sekadar kemas kini kecil bagi menambah ciri baharu pada peranti. Pada waktu S20 dan Z Flip boleh menghantar fail ke kesemua peranti Samsung pada kelajuan pantas tetapi sebaliknya tidak boleh dilakukan.

Seperti biasa kemas kini akan diberikan kepada pengguna di Korea Selatan sebelum perlahan-lahan diedarkan kepada pengguna global.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd