Kotak Yang Dikatakan untuk Huawei P40 Pro Tertiris Ke Arena Web

Kotak Yang Dikatakan untuk Huawei P40 Pro Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Mac 16, 2020 oleh .

Huawei dijangka memperkenalkan Huawei P40 secara rasminya pada 26 Mac 2020 ini. Telefon pintar berkenaan dijangka akan terus memfokuskan kepada sokongan fotografi berswama dengannya.

Terbaru, rekaan kotak yang dikatakan kotak akhir untuk Huawei P40 telah pun tertiris ke arena web. Huawei dilihat akan meneruskan kerjasama dengan pihak Leica untuk telefon pintar terbaru ini.

Menariknya juga, Huawei P40 Pro dilihat akan menggunakan dan mengetengahkan sokongan kedai aplikasi Huawei AppGallery padanya.

Sebelum ini, kita telah melihat Huawei P40 Pro menerima pengesahan Sirim di Malaysia – sekaligus menandakan ia akan dilancarkan untuk pasaran tempatan seawal mungkin.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 26 Mac ini untuk melihat lanjut kejutan yang disediakan oleh Huawei melalui telefon mercu terbaru mereka ini.


TIPS & ULASAN