Aplikasi Ini Membantu Anda Menyemak “Scammer” – Elak Jadi Mangsa Penipuan

Aplikasi Ini Membantu Anda Menyemak “Scammer” – Elak Jadi Mangsa Penipuan

Diterbitkan pada Mac 17, 2020 oleh .

Polis Diraja Malaysia sebelum ini telah pun menawarkan sebuah halaman khusus bagi memudahkan pengguna menyemak beberapa info, sekaligus mengelak menjadi mangsa penipuan dan scam. Terbaru, melengkapkan penawaran berkenaan, sebuah aplikasi khusus untuknya turut telah mula ditawarkan.

Dinamakan sebagai “Check Scammers CCID”, ia membolehkan anda membuat semakan terlebih dahulu berkenaan sesuatu nombor akaun bank atau nombor telefon – dan mengelak menjadi mangsa penipuan.

Check Scammers CCID

Melalui aplikasi ini, apabila pengguna melakukan semakan, ia membolehkan anda mengetahui sama ada akaun bank atau nombor telefon berkenaan mempunyai rekod polis ataupun sebaliknya. Ini sekaligus meningkatkan lagi kepercayaan sekaligus mengelak anda daripada menjadi mangsa.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, dan kerap melakukan pembelian atas-talian, mungkin boleh menyemak aplikasi “Check Scammers CCID” ini hari ini.

Muat-Turun Check Scammers CCID untuk Android


TIPS & ULASAN