Cari @ Amanz

Selepas beberapa kali tertiris dan dijual lebih awal di Amerika Syarikat, Powerbeats4 telah diumumkan secara rasmi oleh Apple semalam. Ia adalah model gantian kepada Powerbeats3 dan adalah alternatif lebih mesra dompet kepada Powerbeats Pro.

Perbezaan paling ketara Pro dan Powerbeats4 terletak pada rekaan. Angkup telinga masih lagi sama dengan butang kawalan fizikal pada logo Beats. Namun begitu dua fon telinga Powerbeats4 mempunyai sambungan berwayar tidak seperti Pro.

Ia masih dilengkapi cip H1 yang memudahkan tambatan pantas kepada produk Apple serta sokongan tambatan dua fon kepala serentak menerusi ciri Music Sharing. Dengan kemampuan kalis air IPX4, ia turut sesuai digunakan untuk aktiviti sukan. Dengan sekali caj ia boleh beroperasi sehingga 15 jam.

Powerbeats 4 akan ditawarkan bermula 18 April pada harga $150 sepasang dalam warna hitam, putih dan merah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd