Redmi Memperlihatkan Imej Pengolokan Rasmi Redmi K30 Pro Dengan Skor Tanda Aras 610K

Redmi Memperlihatkan Imej Pengolokan Rasmi Redmi K30 Pro Dengan Skor Tanda Aras 610K

Diterbitkan pada Mac 17, 2020 oleh .

Redmi akan melancarkan dua peranti Redmi K30 Pro tahun ini. Iaitu Redmi K30 Pro biasa dan Redmi K30 Pro Zoom Edition. Kedua-dua peranti ini adalah peranti mercu dan akan dilancarkan pada 24 Mac, iaitu minggu hadapan. Anggaran spesifikasi bagi peranti ini selain dijana Snapdragon 865 adalah, skrin besar 6.67-inci, kamera pop-naik, skrin kadar segar semula tinggi dan kamera dengan empat lensa.

Peranti ini sudah pun tertiris dan mengesahkan menggunakan modul kamera bulat dan mengekalkan penggunaan kamera swafoto pop-naik. Redmi pula baru-baru ini terus memperlihatkan imej pengolokan peranti mereka secara rasmi. Modul kamera bulat di belakang kelihatan unik dengan empat lensa dalam susunan simetri seakan dron/”X”. Ia turut mempunyai port bicu audio 3.5mm, LED flash di bawah modul kamera dan logo Redmi secara menegak. Warna yang diperlihatkan ini adalah biru cair yang menawan.

Lensa utama kamera jelas kelihatan adalah 64MP, tetapi ini adalah peranti murah jadi ada kemungkinan besar – lensa 64MP ini adalah lensa pixel binning. Skrin dikatakan adalah OLED dan mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin. Ada juga laporan mengatakan skrin peranti akan menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz seperti Redmi K30 4G/5G. Redmi turut memperlihatkan skor tanda aras peranti mereka yang mencapai sehingga 610629. Ini adalah dalam lingkungan yang sama dengan Nubia Red Magic 5G. Ini bermakna ia lebih berkuasa dari Oppo Find X2 Pro yang hanya menerima skor sekitar 580K dalam ujian kami.

Bukan itu sahaja, peranti ini turut akan menggunakan memori LPDDR5 RAM dan storan dalaman berasaskan UFS3.1. Butiran lanjut mengenai Redmi K30 Pro ini atau mungkin untuk pasaran global adalah Poco F2, terus ikuti kami di Amanz dan nantikan berita terkini.


TIPS & ULASAN