Cari @ Amanz

Selain Astro, hari ini Telekom Malaysia turut mengumumkan mereka menawarkan akses kepada semua saluran Unifi TV secara percuma bagi pelanggan Unifi seluruh negara.

Unifi TV

Akses percuma ini ditawarkan daripada 19 Mac sehingga 31 Mac 2020 ini – selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sehingga 31 Mac 2020 ini.

Bagi anda yang melanggan pakej internet berkelajuan tinggi Unifi di rumah, mungkin boleh menyemak kandungan informatif yang disediakan, dan menambah pengetahuan anda pada tempoh ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd