Cari @ Amanz

Beberapa hari yang lalu Astro mula menawarkan tontonan percuma untuk semua saluran filem kepada pelanggan sehingga 31 Mac. Ini adalah bagi menghiburkan pelanggan yang akan bekerja dari rumah selama seminggu kerana arahan sekatan pergerakan kerajaan. Bagi pelanggan Sports Pack, Astro kini menawarkan pula tonton kesemua saluran secara percuma sehingga 30 April 2o20.

Dengan ratusan saluran yang kini boleh diakses, pelanggan Sports Pack kini mempunyai lebih banyak pilihan memandangkan kesemua acara sukan di seluruh dunia telah dibatalkan akibat wabak Covid-19. Penawaran ini adalah hanya untuk pelanggan di kawasan kediaman dan bukan untuk pelanggan komersial serta pay per view.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd