Google Play Protect Kini Menyekat Pemasangan APK Yang Tidak Ditawarkan Dalam Play Store

Google Play Protect Kini Menyekat Pemasangan APK Yang Tidak Ditawarkan Dalam Play Store

Diterbitkan pada Mac 19, 2020 oleh .

Salah satu daripada manfaat program Google Play Protect adalah Advanced Protection. Ia akan sentiasa melindungi mana-mana peranti Android daripada sasaran pihak tidak bertanggungjawab – sekaligus melindungi data peribadi mereka daripada disalahgunakan. Ia diwujudkan khusus untuk pengguna berisiko tinggi seperti wartawan, aktivis dan ahli politik yang ingin mengelakkan kandungan peranti diintip oleh pihak yang tidak diingini,

Terkini, Google mengeluarkan perlindungan tambahan untuk program ini bagi melindungi peranti Android daripada diserang perisian hasad. Melaluinya, Google menyekat pemasangan fail APK daripada sumber pihak ketiga (secara side loading misalnya) yang aplikasinya tiada dalam Play Store dengan beberapa pengecualian.

Aplikasi yang tiada di Play Store tetapi ditawarkan pada stor pengeluar peranti seperti Galaxy Store juga boleh dipasang tanpa masalah. Fail APK yang telah dipasang sebelum ini juga tidak akan disekat/dinyahpasang dan boleh terus dikemas kini.

Sistem Google Play Protect juga tidak lagi boleh dinyahaktifkan oleh pengguna Advanced Protection. Google Play Protect mengimbas lebih 100 bilion aplikasi setiap hari bagi memastikan peranti, data serta aplikasi pengguna kekal selamat.

Perlindungan tambahan ini akan dilancarkan secara berperingkat bermula hari ini. Menurut Google, perlindungan perisian hasad yang baru ini, turut akan diperkenalkan untuk Chrome tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN