Carian
Honor 30S Mungkin Diperkenalkan Pada 30 Mac Ini
March 19, 2020 Amy Maizuraa

Terdahulu, terdapat khabar angin yang mengatakan Honor dalam proses membangunkan sebuah lagi peranti baru dikenali sebagai Honor 30S. Wujud juga desas – desus mengatakan peranti ini bakal muncul pada tahun ini dan ternyata ianya seakan – akan benar apabila sebuah poster acah mengenai tarikh rasmi pelancaran model tersebut kini tersebar meluas menerusi laman Weibo.

Berdasarkan poster acah yang dikongsi, Honor 30S bakal diperkenalkan secara rasmi pada 30 Mac ini. Walau bagaimanapun, tiada sebarang spesifikasi utama yang dikongsi namun ramai meramalkan peranti ini mungkin dijana oleh cip pemproses terbaru Huawei iaitu Kirin 820 selain turut menyertakan sokongan 5G. Spesifikasi penuh peranti masih tidak diketahui dan mungkin akan dikongsikan dalam minggu-minggu akan datang.

Komen