Cari @ Amanz

Pagi tadi kami telah melaporkan yang Redmi K30 Pro akan dilengkapi dengan kebuk wasap terbesar pernah digunakan pada telefon pintar. Ia adalah sejenis sistem penyejukan untuk peranti bagi mengawal haba. Perkara ini akan memudahkan peranti beroperasi dengan baik tanpa sebarang masalah.

Ini juga memberi petanda yang peranti ini akan sesuai untuk dijadikan sebagai peranti gaming sambil mengekalkan rekaan seakan peranti mercu biasa. Peranti ini juga akan menyokong enjin getaran 4D untuk pengalaman bermain permua yang lebih baik. Kemudian, Redmi turut menyatakan yang peranti mereka akan hadir dengan skrin nirbingkai AMOLED HDR10+ yang menyokong tahap kecerahan sehingga 1200 nits.

Peranti ini juga akan kekal menggunakan sistem kamera swafoto pop-naik dengan sokongan lampu LED yang boleh ditukar-tukar warna. Untuk enjin permua, Redmi akan menggunakan Game Turbo 3.0. Ia akan hadir dengan sokongan multi-tugasan, ubah suara dan juga mod God Assist.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd