Huawei Watch GT 2e Akan Dilancarkan Pada 26 Mac Ini

Huawei Watch GT 2e Akan Dilancarkan Pada 26 Mac Ini

Diterbitkan pada Mac 19, 2020 oleh .

Dua hari lepas, kami telah melaporkan mengenai Huawei Watch GT2e yang tertiris sepenuhnya. Huawei Watch GT 2e dilihat mempunyai spesifikasi yang sama dengan Watch GT 2. Seperti skrin 1.39″ AMOLED berbentuk bulat dipadankan dengan pemproses HiSilicon Hi1132, memori sebesar 16MB RAM, storan sebesar 4GB dan bateri sebesar 455 mAh. Perbezaan dapat dilihat pada dua butang fizikal sisi yang kini berbentuk empat segi dan bukan lagi bulat. Rekaan sambungan tali jam juga telah dilakukan.

Kini, Huawei telah hadir dengan video acah mengumumkan tarikh pelancaran jam tangan pintar mereka ini. Ia akan dilancarkan pada 26 Mac 2020, iaitu tarikh yang sama dengan pelancaran Huawei P40. Watch GT 2e mungkin akan dipadankan dengan P40 sebagai satu pakej baharu, atau mungkin juga akan ada kejutan lain. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran ini tidak lama lagi. Kita mungkin akan ketahui harga dan butiran lanjut.


TIPS & ULASAN