Nokia 5.3 Turut Diumumkan – Snapdragon 665 Dan Kuad Kamera Utama
Artikel Berkaitan

Nokia 5.3 Turut Diumumkan – Snapdragon 665 Dan Kuad Kamera Utama

Diterbitkan pada Mac 20, 2020 oleh .

Sekiranya peranti Nokia 8.3 5G kurang menarik minat anda, Nokia 5.3 turut dilancarkan sebentar tadi dan peranti ini mempunyai rekaan sama seperti abang besarnya cuma tanpa sokongan rangkaian 5G,

Nokia 5.3 dilengkapi skrin 6.55″ FHD+ Pure Display, dijana cip Snapdragon 665, memori sehingga 6GB RAM, storan sehingga 64GB dan bateri pula sebesar 4000 mAh. Sekiranya storan ini dirasakan terlalu kecil ia menyokong kad mikroSD sehingga 512GB. Sedikit mengecewakan bateri Nokia 5.3 sekadar menyokong pengecasan 10W.

Kemampuan kamera utama pula ialah 13+5+2+2 MP dengan gabungan lensa sudut lebar, ultra lebar, kedalaman dan makro. Pada bahagian hadapan kamera sebesar 8MP diletakkan dalam takuk skrin. Kesemua lensa kamera utama diletakkan di dalam bonjol berbentuk bulat dengan flash di bahagian tengah. Tiada lensa Zeiss digunakan pada peranti kelas pertengahan ini.

Sistem operasi Android 10 versi Android One digunakan bagi memastikan pengalaman penungguan yang paling asli. Nokia menjanjikan kemas kini sistem operasi selama tiga tahun selepas dilancarkan.

Pengimbas cap jari disertakan pada panel belakang dan begitu juga dengan butang khusus untuk menyeru Google Assistant. Bagi peminat audio berita baik bicu audio 3,5mm masih disertakan.

Menurut HMD Global, Nokia 5.3 akan mula dipasarkan pada bulan April dengan harga purata global sekitar 189 Euro (~RM892) dalam pilihan warna Cyan, Charcoal dan Sand.



TIPS & ULASAN