Cari @ Amanz

Realme 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Secara Atas Talian Pada 22 Mac

Link Copied!

Realme 6 dilancarkan di India dua minggu yang lalu dan merupakan peranti kelas pertengahan terawal yang menyokong kadar segar semula 90Hz. Bagi peminat peranti Realme di Malaysia, Realme 6 akan dilancarkan di negara kita pada 22 Mac ini secara atas talian.

Bagi yang ingin menonton, acara akan distrim oleh Realme menerusi Facebook dan YouTube pada jam 8:30 malam. Kedua-dua Realme 6 dan Realme 6 Pro dipercayai akan ditawarkan kepada pengguna tempatan.

Antara ciri menarik yang ditawarkan ialah skrin 90Hz, penggunaan cip Helio G90T pada Relme 6 dan Snapdragon 720G pada Realme 6 Pro. Kedua-duanya juga hadir dengan kamera utama sebesar 64-Megapixel.


Komen ()