Cari @ Amanz

Semalam, Realme telah mengacah siri keluarga baru, dinamakan “Narzo. Mengikut desas-desus, Narzo ini dijangka akan bersaing dengan siri peranti POCO dan juga Redmi yang dimiliki oleh Xiaomi. Sekiranya benar, maka kita mungkin akan melihat ia hadir dengan penawaran menarik ditujukan generasi muda, pada harga yang sangat kompetitif.

Terkini Madhav Sheth selaku CEO Realme, telah mengacah pula dua peranti pertama dalam siri Narzo ini. Peranti ini adalah Narzo 10 dan Narzo 10A. Ia akan dilancarkan pada 26 Mac ini. Realme menggunakan slogan Feel The Power. Jadi ada kemungkinan besar spesifikasi yang digunakan adalah tinggi. Cuma tidak pasti lagi adakah ia hanya peranti kelas pertengahan atau peranti mercu.

Disebabkan desas-desus mengatakan siri Narzo ingin bersaing dengan Poco dan Poco X2 pula hanya dilancarkan di India sahaja. Siri Narzo mungkin eksklusif untuk pasaran sana terlebih dahulu. Sama-sama kita nantikan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd