YouTube Mengurangkan Kualiti Video Di Eropah Kerana Koronavirus

YouTube Mengurangkan Kualiti Video Di Eropah Kerana Koronavirus

Diterbitkan pada Mac 20, 2020 oleh .

Hari ini, Netflix telah mengumumkan yang mereka mengurangkan kualiti video di Eropah. Ini adalah kerana, perintah berkurung yang berlaku di sana sudah dua minggu. Jadi penggunaan Internet melonjak secara mendadak dan mengganggu trafik Internet di sana. Sejak penularan koronavirus di Eropah, jumlah penggunaan Internet telah meningkat sebanyak 50%. Oleh yang demikian, pengguna hanya boleh menstrim kandungan dalam resolusi SD sahaja.

Kini, YouTube turut menyertai Netflix dengan mengurangkan kualiti video di Eropah. Seperti Netflix, semua kandungan hanya boleh distrim pada kualiti SD sahaja. Pengurangan kualiti video ini dilakukan mereka selepas seruan dilakukan oleh pesuruhjaya Kesatuan Eropah Thierry Breton. Walau bagaimanapun, tidak pasti sehingga bila YouTube akan lakukan hal yang demikian. Ini kerana kualiti video yang Netflix kurangkan akan berlangsung selama 30 hari.



TIPS & ULASAN