Mi True Wireless Earphones mula dilancarkan di Malaysia pada bulan September tahun lepas dengan tanda harga RM329. Itu adalah variasi yang mahal dan premium mereka, manakala variasi Mi True Wireless Earbuds atau lebih dikenali sebagai Mi AirDots dijual pada harga RM99. Ia adalah TWS murah dan berkualiti dari Xiaomi. Sedar dengan permintaan tinggi dan ramai yang meminati TWS ini, Xiaomi akan hadir dengan variasi yang baru pula.
Variasi baru ini, dikatakan adalah Xiaomi Mi True Wireless Earphones 2S. Ia akan hadir dengan sokongan masa pendam rendah sehingga 120ms. Sumber mengatakan, TWS ini akan mempunyai masa pendam seakan produk Apple. Tetapi tidak pasti AirPods biasa atau AirPods Pro. Bukan itu sahaja, TWS ini turut akan menyokong pengecasan nirwayar. Ini akan memudahkan lagi cara pengecasan TWS ini untuk pengguna. Sedikit kecewa, kerana tiada informasi mengenai sokongan pembatalan hingar aktif. Sedangkan Xiaomi sudah pun mempunyai set fon telingan berwayar dengan teknologi ini.
Tiada tarikh pelancaran, mahupun harga jualan. Ia mungkin akan ada tangguhan kerana wabak koronavirus ini. Lebih-lebih lagi jika ingin diimport masuk ke Malaysia. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.