(Ditangguhkan Sementara) GrabFood “Tapau” Diperkenalkan – Tempah Makanan, Bayar, Dan Ambil Sendiri

(Ditangguhkan Sementara) GrabFood “Tapau” Diperkenalkan – Tempah Makanan, Bayar, Dan Ambil Sendiri

Diterbitkan pada Mac 23, 2020 oleh .

Kemaskini : Grab menangguhkan sementara pengenalan ciri GrabFood “Tapau” ini.

Grab hari ini telah memperkenalkan perkhidmatan layan diri pada GrabFood. Melaluinya, pengguna boleh menggunakan aplikasi Grab untuk membuat tempahan makanan di sesuatu restoran, membuat pembayaran nirtunai terus melalui aplikasi berkenaan, dan mengambil makanan yang ditempah direstoran berkaitan.

Dengan langkah ini, Grab mengatakan ia akan mengurangkan lagi faktor orang bertemu, dan menjimatkan pengguna dari segi keperluan membayar wang penghantaran.

GrabFood Tapau

Untuk membuat tempahan GrabFood “Tapau” ini, anda boleh memilih menu “Self Pick-Up” di GrabFood, dan seterusnya membuat tempahan. Pengguna akan dipaparkan dengan pilihan makanan yang ada, dan memaparkan tempoh masa yang perlu ditunggu sebelum boleh mengambil makanan berkenaan.

Pengumuman ciri baru ini hadir daripada Grab, selari dengan pengenalan ciri GrabPasar yang memudahkan pembelian barang segar dari pasar baru-baru ini.


TIPS & ULASAN