Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar baru dibawah siri Redmi Note 9, iaitu Redmi Note 9S. Menariknya, peranti ini turut dilancarkan dan dijual terus di Malaysia – sekaligus menjadikan Malaysia antara negara terawal menerimanya. Secara kasar, ia membawakan penawaran lebih kurang seperti Redmi Note 9 Pro.

Redmi Note 9s

Redmi Note 9S hadir dengan skrin 6.67-inci FHD+ dengan berlubang ditengah, dijana cip Snapdragon 720G, GPU Adreno 618 dan bateri 5020mAh dengan pengecasan pantas 18W. Xiaomi mengatakan ia menawarkan prestasi yang dioptimasikan untuk permua melalui telefon pintar ini.

Redmi Note 9s

Untuk rakaman gambar Redmi Note 9S hadir dengan empat-kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel, sensor 8MP (ultra-lebar), 5MP makro dan 2MP sensor kedalaman. Redmi Note 9S hadir dengan rekaan yang agak menarik, termasuk penggunaan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti. Untuk rakaman swafoto, ia hadir dengan sensor 16-megapixel.

Di Malaysia, dua variasi peranti akan ditawarkan, iaitu dengan pilihan memori 4GB RAM dan 64GB storan, selain 6GB RAM dan 128GB storan. Di Malaysia, Redmi Note 9s variasi 4GB RAM ditawarkan pada harga RM799, sementara variasi 6GB RAM pula ditawarkan pada harga RM899. Xiaomi dan Lazada juga dijangka akan menawarkan promosi khas pada 27 Mac ini, membolehkan pengguna mendapatkan peranti ini pada harga RM699.

Redmi Note 9s

Redmi Note 9s

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd