Redmi K30 Pro Dilancarkan- Peranti Snapdragon 865 Pada Harga Amat Mampu Milik

Redmi K30 Pro Dilancarkan- Peranti Snapdragon 865 Pada Harga Amat Mampu Milik

Diterbitkan pada Mac 24, 2020 oleh .

Seperti yang dijanjikan, Redmi K30 Pro telah dilancarkan hari ini dan adalah peranti mercu dengan cip Snapdragon 865 yang dijual pada harga yang lebih mampu milik berbanding peranti lain di pasaran. K30 Pro ialah model kemas kini kepada K20 Pro tahun lalu yang kemudian dipasarkan di Malaysia sebagai Mi 9T Pro

Peranti dilengkapi skrin 6.67-inci AMOLED FHD+ yang menyokong paparan kandungan HR10+ dan kadar segar semula 60Hz. Kerana ia ingin dipasarkan sebagai peranti mercu harga mampu, Redmi tidak mengikut trend semasa iaitu menggunakan skrin 90Hz maupun 120Hz. Satu fungsi semasa yang masih disertakan ialah pengimbas cap jari dalam skrin.

 Ini dipadankan dengan cip Snapdraon 865, memori 8GB RAM LPDDR5, storan 256GB UFS 3,1 dan bateri sebesar 4700 mAh. Bateri yang agak besar ini menyokong pengecasan pantas 33W menerusi port USB-C.  Terdapat versi 6GB/128GB tetapi ia sekadar menggunakan memoro LPDDR4x dan storan UFS 3.0.

Spesifikasi kamera utama pula ialah 65-MP sudut lebar, 13-MP ultra sudut lebar, 5-MP telefoto dan 2-MP makro. Pada bahagian hadapan pula sebuah kamera pop naik sebesar 20-MP. Redmi mengekalkan rekaan kamera pop naik dengan lampu LED terbina sekali lagi enggan mengikut trend lubang kamera pada skrin,

Apa yang kami rasakan menarik ialah peranti masih mempunyai kemampuan kalis air IP53, bicu audio 3.5mm, WiFi 6 dan sokongan rakaman video pada resolusi 8K 30FPS.

Di China Redmi K30 Pro ditawarkan pada harga RMB2999 (~RM1878) sebuah untuk versi 6./128GB dan RMB3399 (~RM2129) untuk versi 8/256GB. Ini adalah harga yang jauh lebih murah berbanding peranti 5G dengan pemproses yang sama seperti Oppo Find X2 Pro, Galaxy S20+ dan Mi 10 Pro.


TIPS & ULASAN