Kesemua Lampu Jalan Di London Ini Adalah Port Pengecas Kereta Elektrik

Kesemua Lampu Jalan Di London Ini Adalah Port Pengecas Kereta Elektrik

Diterbitkan pada Mac 25, 2020 oleh .

Masalah utama pemilik kenderaan elektrik ialah kesukaran mencari port pengecas kenderaan. Jumlahnya masih lagi kecil dan tidak berdekatan di antara satu sama lain. Hanya pemilik rumah mempunyai kebebasan mengecas kenderaan dari tempat kediaman tetapi di kota besar ramai pemilik tinggal di bangunan bertingkat. Antara penyelesaian yang telah difikirkan ialah mengubah lampu jalan menjadi pengecas kenderaan elektrik.

Siemens dan Ubitricity telah memperkenalkan teknologi ini sejak 2015 dan kami juga pernah melaporkannya pada tahun 2017. Pada tahun 2020 mereka akhirnya berjaya mengubahsuai kesemua 24 lampu jalanan di Sutherland Avenue London menjadi pengecas kenderaan elektrik.

Dengan sistem yang dibangunkan mereka ini, hanya kit mengubahsuai diperlukan. Tiada keperluan mengorek jalan dan membina infrastruktur baharu yang menelan kos. Dengan jumlah pengecas kenderaan yang bertambah, jumlah pengguna kenderaan elektrik juga akan meningkat. Langkah seterusnya ialah memasarkan kenderaan elektrik pada harga lebih mampu milik seperti Citroen Ami dan Ora R1,



Paling Popular