Cari @ Amanz

Anchor Mengemaskini Bagi Memudahkan Penghasilan Podcast Berkumpulan Atas Talian

Link Copied!

Awal bulan lalu Anchor telah diambil alih oleh Spotify bagi memudahkan penghasilan dan penerbitan kandungan podcast. Hari ini mereka mengumumkan kemas kini pada aplikasi bagi memudahkan proses menghasilkan podcast yang melibatkan pelbagai peserta secara atas talian.

Menerusi ciri yang dipanggil Record With Friends 2.0, sehingga lima orang boleh dijemput untuk menghasilkan podcast walaupun tidak berada di dalam bilik yang sama. Pengguna Anchor hanya perlu menghantar jemputan kepada rakan dan audio mereka akan dirakam terus oleh aplikasi telefon pintar dan desktop Anchor. Buat masa ini sokongan pada Chrome masih belum diaktifkan kerana Record With Friends 2.0 masih di peringkat Beta.

Kemudian audio yang dihasilkan boleh disunting terus dari dalam aplikasi dan diterbitkan terus ke platform podcast pilihan. Memandangkan warga kerja Amanz kini terpaksa berjauhan, mungkin kami boleh mencuba Anchor untuk episod Sembang Lebat seterusnya.


Komen ()