Samsung Galaxy Buds Kini Ditawarkan Pada Harga RM349

Samsung Galaxy Buds Kini Ditawarkan Pada Harga RM349

Diterbitkan pada Mac 26, 2020 oleh .

Samsung Galaxy Buds dilancarkan setahun yang lalu sebagai pesaing kepada AirPods dengan ketahanan bateri yang lebih baik. Dengan pelancaran Galaxy Buds+ tahun ini, Galaxy Buds asal telah ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik dan hari ini harga jualan rasminya sekali lagi dikemaskini oleh Samsung,

Di Malaysia Galaxy Buds kini boleh dibeli pada harga RM349 berbanding harga asal RM499. Fon telinga nirwayar ini hadir dalam warna hitam dan putih. Sekiranya ana memerlukan fon telinga yang mempunyai tahap ketahanan bateri yang lebih lama, Galaxy Buds+ masih ditawarkan pada harga RM599 sepasang.



TIPS & ULASAN