Aplikasi Google Untuk iOS Turut Menerima Kemaskini “Snapshot”

Aplikasi Google Untuk iOS Turut Menerima Kemaskini “Snapshot”

Diterbitkan pada Mac 26, 2020 oleh .

Pada awal bulan, aplikasi Google telah dikemaskini dengan antaramuka baharu untuk ringkasan harian pengguna. Fungsi ini diberi nama Snapshot. Ia kini memaparkan ringkasan harian pengguna dalam bentuk “cards” yang lebih kemas dan cantik. Melalui “cards” ini, ia akan memaparkan lokasi parkir kereta, kalendar dan banyak lagi.

Terkini, aplikasi Google untuk iOS turut diberikan kemaskini yang sama. Yang mana, ringkasan harian pengguna kini dipaparkan dalam bentuk Snapshot ini. Kemaskini dilihat dalam versi kemaskini 1.8.5003. Kemaskini ini dilihat diedarkan untuk pengguna iPhone sahaja. Pada iPad yang saya gunakan, aplikasi Google masih memaparkan rekaan yang lama.

Hari ini juga, Google telah mengedarkan aplikasi Google Podcast untuk pengguna iOS. Bagi pengguna Android yang sudah lama menerima aplikasi ini, Google telah mengubah rekaan antaramuka dengan menyertakan beberapa ciri dan fungsi yang bagus.


TIPS & ULASAN