Cari @ Amanz

Sony ialah syarikat yang mempunyai pegangan pasaran yang besar dalam penghasilan sensor untuk telefon pintar.  Dengan peranti semakin banyak dilengkapi sistem multi lensa, perniagaan sensor mereka antara yang menyumbang kepada keuntungan syarikat. Maka secara logiknya Sony akan menggunakan sensor sendiri pada peranti keluaran mereka.

Tetapi menurut laporan Androidnext yang mempunyai akses awal kepada peranti ini, dua daripada empat kamera Sony Xperia 1 II adalah yang dikeluarkan oleh Samsung. Kamera utama 12MP menggunakan sensor Sony IMX557 dan kamera ultralebar 12MP pula menggunakan sensor IMX363. Sensor Sony IM557 adalah sensor sebesar 1/1.7″ yang setakat ini hanya digunakan oleh Xperia 1 II. Kamera telefotonya pula menggunakan sensor 12MP Samsung ISOCELL S5K3T2 dan sensor kamera swafoto 8MP Samsung S5K4H7.

Mengapa sensor Samsung digunakan tidaklah diketahui tetapi mungkin untuk mengurangkan kos. Yang pasti di dalam dunia teknologi penggunaan komponen dari pesaing bukanlah perkara yang mengejutkan. Samsung turut mengeluarkan skrin untuk Apple. Oppo dan Xiaomi yang kesemuanya adalah pesaing mereka di dalam pasaran yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd