Cari @ Amanz

Kerajaan semalam telah pun mengumumkan mereka akan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April kelak. Selari dengannya, kini Telekom Malaysia turut mengumumkan lanjutan untuk penawaran percuma Unifi Mobile yang sebelum ini dihadkan sehingga 31 Mac 2020 kepada sehingga 14 April 2020.

Unifi Mobile 14 April

Melalui lanjutan baru ini, pengguna Unifi Mobile 99, webe RM79 dan Unifi Mobile Pek Jasa boleh menikmati pas hotspot 999GB LTE secara percuma. Selain daripada itu, pengguna Unifi Mobile #BEBAS pula akan diberikan dengan pas mingguan tanpa had.

Dengan penawaran kedua-dua ini, pengguna Unifi Mobile boleh kekal berhubung dan mendapatkan informasi terkini, selain bekerja dari rumah dengan mudah menggunakan data yang diberikan. Bagi anda yang menggunakan rangkaian Unifi Mobile, boleh menikmati penawaran ini sehingga 14 April 2020 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd