Pada tahun 2015, peranti mercu yang OnePlus lancarkan adalah OnePlus 2. Tetapi tidak pasti jika anda ingat ataupun tidak yang OnePlus turut melancarkan OnePlus X. Walaupun menggunakan cip peranti mercu tahun 2014, Snapdragon 801 – ia dikira sebagai peranti kelas pertengahan kerana binaan cip adalah 32-bit dan Snapdragon 810 yang digunakan pada OnePlus 2 adalah 64-bit. Peranti ini menerima perhatian yang hebat kerana binaan premium, iaitu seramik dan dijual pada harga amat mampu milik.
I was told that @oneplus is revamping the OnePlus X under a new series…
— Max Weinbach (@MaxWinebach) March 25, 2020
Dua tahun lepas, OnePlus dikatakan tidak lagi akan menghasilkan peranti kelas pertengahan. Ini kerana OnePlus X dianggap sebagai projek yang gagal. Tetapi, pada awal bulan Mac kedengaran yang OnePlus akan melancarkan peranti kelas pertengahan. Ia dikatakan adalah OnePlus 8 Lite. Ia mungkin dijana dengan cip MediaTek, skrin 90Hz bersaiz 6.5-inci dan dwi-kamera. Namun nama rasmi bagi peranti ini masih tidak dapat disahkan. Terkini, @MaxWinebach iaitu peniris yang turut boleh kita percayai katakan – OnePlus X mungkin akan dikembalikan sebagai siri baru.
Ini bermakna, akan ada satu nama baru untuk peranti OnePlus. Disebabkan kata-kata Max adalah OnePlus X, ini berkemungkinan besar adalah untuk OnePlus 8 Lite. Adakah “Lite” siri baru tersebut? Adakah peranti OnePlus akan kembali dijual pada harga murah? Jika ura-ura ini benar, OnePlus 8 Lite dikatakan akan hadir sekitar bulan Julai ini. Sama-sama kita nantikan.