Lineage OS 17.1 Berasaskan Android 10 Rasmi Kini Boleh Dicuba

Lineage OS 17.1 Berasaskan Android 10 Rasmi Kini Boleh Dicuba

Diterbitkan pada Mac 27, 2020 oleh .

Semalam, Lineage OS telah menghentikan pembangunan bagi versi 16.1 – iaitu berasaskan Android Pie. Ini adalah bagi memberi ruangan di Github untuk sumber kod Android 10 pula. Sebenarnya, sudah berbulan Lineage OS 17.1 hadir di Github. Tetapi, ia belum lengkap dan hanya pembangun bebas yang membangunkannya.

Kini, akhirnya di laman web rasmi Lineage OS versi 17.1 sudah tiba dan sedia dicuba. Saya katakan sedia dicuba, kerana ini adalah versi rasmi pertama dari Lineage OS dan masih berada di fasa Nightly. Antara peranti yang disokong secara rasmi adalah, Fairphone 2, Motorola Moto Z1, beberapa variasi Samsung Galaxy S4, LG V20, LG G3 dan banyak lagi.

Bagi yang tidak tahu apa itu Lineage OS, ia adalah custom ROM yang dibina berasaskan AOSP. Tetapi Lineage OS itu sendiri dikira sebagai AOSP kerana ia kosong dan tiada GMS. Cuma ia adalah AOSP dengan pelbagai kemampuan kustomasi tersendiri. Sebelum ini, Lineage OS adalah CyanogenMod yang terkenal pada zaman OnePlus One beberapa tahun lalu.



TIPS & ULASAN