Cari @ Amanz

Dua hari yang lalu imej pengolokan OnePlus 8 Pro telah tertiris ke arena web menunjukkan rekaan peranti dari pelbagai sudut bersama dengan spesifikasi lengkap. Pagi ini giliran OnePlus 8 5G pula tertiris dan ia adalah model yang bakal dijual pada harga yang lebih mampu milik.

Menurut laman PigTou, OnePlus 8 5G dilengkapi skrin 6.55t” Fluid AMOLED 90Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori 8GB RAM, storan 128GB, kamera utama 48+16+2 Megapixel, kamera swafoto 16-Megapixel dan bateri 4300 mAh.

Sistem kamera pada OnePlus 8 ialah lensa sudut lebar, ultra lebar dan makro. Tiada sokongan sistem zum optikal akan diberikan. Pada bahagian hadapan pula kamera swafoto diletakkan di dalam lubang kamera. Tiada lagi penggunaan takuk pada peranti OnePlus tahun ini. Akhir sekali bateri peranti menyokong pengecasan pantas 30W.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd