Kemaskini Yang Membaiki Masalah Autofokus Galaxy S20 Boleh Dimuat Turun Pengguna Malaysia

Kemaskini Yang Membaiki Masalah Autofokus Galaxy S20 Boleh Dimuat Turun Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Mac 28, 2020 oleh .

Samsung Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra mempunyai kemampuan fotografi yang terbaik pernah kami lihat pada peranti keluaran Samsung. Tetapi perisian kamera yang digunakan mempunyai pepijat yang mengakibatkan sistem autofokusnya tidak berfungsi dengan baik khususnya apabila dalam mod zum yang tinggi. Berita baik bagi pengguna di Malaysia ialah kemas kini yang dijanjikan Samsung kini boleh dimuat turun pengguna tempatan.

Kemas kini adalah bersaiz sekitar 369MB dan turut membawakan tampalan sekuriti bulan Mac. Kami telah melakukan kemas kini dan masalah autofokus pada S20 Ultra yang diulas telah berjaya diselesaikan. Ia berfungsi lebih pantas dan tidak lagi menghasilkan imej yang kabur.

Harus diingatkan ini ialah kemas kini kedua yang diberikan Samsung untuk siri S20. Pada awal bulan lalu satu kemas kini diberikan pada hari pertama peranti dijual tetapi tidak menampal pepijat autofokus. Untuk memuat turun sila ke skrin tetapan dan pilih Software Update.



TIPS & ULASAN