Cari @ Amanz

LG sedia mempunyai penawaran peranti mercu mereka dibawah siri “G” dan juga siri “V”. Terbaru, hadir laporan mengatakan LG mungkin berhenti menggunakan nama siri “G” tidak lama lagi.

Hal ini dikatakan selari dengan perubahan visi dibawah tampuk pengurusan baru, selain langkah ini dikatakan bakal membolehkan LG hadir dengan siri baru yang memfokuskan rekaan dan ditujukan kepada pasaran yang lebih meluas.

Sebelum ini sendiri, pada bulan Februari lepas, LG melancarkan telefon baru dibawah siri “V” – yang mana agak janggal kerana kebiasaannya mereka melancarkan telefon dibawah siri-G pada tempoh berkenaan.

LG sebelum ini telah menawarkan telefon mercu dibawah siri G sejak daripada tahun 2012 yang lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd