Fungsi Always-On Display Akhirnya Akan Tiba Ke Peranti OnePlus

Fungsi Always-On Display Akhirnya Akan Tiba Ke Peranti OnePlus

Diterbitkan pada Mac 29, 2020 oleh .

Always-On Display adalah satu fungsi yang memaparkan jam, tarikh, peratus bateri dan notifikasi pada skrin peranti. Ia popular di kalangan peranti yang menggunakan skrin OLED kerana hanya beberapa pixel yang diperlukan sahaja akan hidup bagi menjimatkan bateri. Kebanyakan peranti mercu sudah pun ada fungsi ini, kecuali OnePlus dengan alasan akan cepat menghabiskan bateri.

 

Terkini, OnePlus dilihat sudah temui jalan bagi menyertakan fungsi ini tanpa sebarang masalah. Menurut kicauan OnePlus di Twitter, kemaskini untuk menyertakan fungsi ini sudah pun dijadualkan. Tetapi tidak pasti jika ia akan diperkenalkan kepada OnePlus 8 terlebih dahulu atau semua peranti OnePlus sedia ada akan menerima kemaskini Oxygen OS serba baharu kelak.



TIPS & ULASAN