Carian
Bell Textron Dan Sikorsky Dipilih Untuk Menghasilkan Prototaip Helikopter FARA
March 30, 2020 Effi Saharudin

Projek Future Attack Reconnaissance Aircraft (FARA) diumumkan dua tahun yang lalu oleh tentera darat Amerika Syarikat bagi menghasilkan pesawat peninjau menggantikan Bell OH-58 Kiowa. Kiowa telah digunakan sejak perang Vietnam dan dilihat telah terlalu berusia.

Pihak tentera darat A.S telah mengumumkan dua cadangan rekabentuk oleh Bell Textron dan Sikorsky telah dipilih untuk diteruskan ke peringkat penghasilan prototaip. Sebanyak lima syarikat menyerahkan cadangan rekabentuk mereka sejak projek diumumkan. Mereka menjadualkan penerbangan pertama akan dilakukan pada tahun 2023.

Kedua-dua Bell Textron 360 Invictus dan Sikorsky Raider X perlu mempunyai kemampuan melakukan intipan di medan perang tanpa dikesan dengan mudah. Rekanya yang lebih padat membolehkan ia melakukan misi di kawan bandar dan mencelah di antara bangunan.

Walaupun direka sebagai pesawat mengintip, FARA masih mempunyai kemampuan melakukan serangan dengan senjata disimpan di dalam tubuh bagi mengurangkan keratan rentas radarnya.

Komen