OnePlus 8 Bakal Dilancarkan Pada 14 April 2020
March 30, 2020
OnePlus
Aman
OnePlus hari ini telah mengumumkan yang mana mereka bakal melancarkan siri telefon pintar terbaru mereka, OnePlus 8 pada 14 April 2020 ini.
OnePlus dijangka akan hadir dengan dua peranti mercu, iaitu OnePlus 8 dan juga OnePlus 8 Pro. Selain daripadanya, beberapa ketirisan turut memperlihatkan OnePlus Z mungkin diperkenalkan pada acara sama.
OnePlus 8 dijangka hadir dengan cip Snapdragon 865 yang terbaru, selain mungkin menyertakan sejumlah ciri menarik seperti keupayaan kamera dan juga kadar segar semula skrin yang tinggi.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 14 April 2020 ini untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh OnePlus melalui siri OnePlus 8 ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.